Wednesday, January 18

My Little Precious

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama tak update blog.. BUKAN sebab tak da cerita nak share or tak da masa nak post or internet terlampau lembab untuk mengupload...sekali lagi ditegaskan,ianya BUKAN!.. Ini semua adalah angkara mama yang MALAS..HEHE! (Sedaya upaya tidak mahu menyalahkan orang lain)

Okay, just a quick view..
Time demam cucuk 3bln.. CERIA kan??
  • Eisya dah 3bulan 4minggu dan 2hari.. Means hampir 4bulan dah umo dia... Alhamdulillah terima kasih Ya Allah diatas semua rezeki yang Engkau limpahkan kepada kami..
  • Eisya suka berdiri.. Pantang disua tangan kat dia... Otomatik dia angkat kepala dan badan untuk duduk, kadangkadang terus berdiri..
  • Suka tido mengiring..Entah macamana terpusingpusing kedudukan dia atas tilam..
  • Suka minum susu sambil pegang botol sendiri... Bagus jugak kadangkadang tu sbb mama leh tinggalkan sekejapsekejap sambil buat keja..tp dia lebih banyak main dari minum.. sampai tumpahtumpah kat seluruh muka dan bantal..sangat comot!..HEHE!
  • Suka membebel, ikut mood..kalo kat luar/tempat orang dia moody sket...kuat nangeh..psaipa??? taktau laaaa...
  • Dah kenal mama n papa... kalo orang len dukung, bertahan sat ja... dia akan nanges seolaholah mama n papa tinggalkan dia...notty, gigit perut kang!
  • Sangat noti bila nampak mama pegi dapo/naik tingkat atas sekejap, dia akan panggil "eiii....eiiii"... Paling biasa, dia akan nanges tros..bila mama tunjuk muka depan mata, tros senyum...  notty , gigit perut kang!
  •  Masih tak pandai menerap tanpa bantuan, ok la tu..baru 3 bulan..pelanpelan la kan sayang.... Bila menerap, dia akan lonjak kaki bagi punggung terangkat..pastu menjulo kata papa dia.. bukan menjubo ye anakanak.. We call it gaya 'ulat'... 
  • Suka mencapai apaapa barang yg dia mampu capai.. cthnya makanan diatas meja(mama tgh makan), minuman yg mama minum..dan pen marker masa mama tgh menulis...  notty , gigit perut kang!

dan banyak lagi perkembangan dia yang mama akan update soon...
P/S: Utk Auntie Lai, maap ye nnt aku upload pic dia dengan baju tu... nnt kita jumpa lagi :)

---------------MAJLIS KESYUKURAN & DOA SELAMAT---------------
Papa, mama dan Eisya

Eisya Dgn Auntie Lai


Babysitter Eisya-Mama Jun (Tudung Purple)
Tetamu yg hadir (Saudara & Jiran)
Tetamu yang hadir (Saudara & Jiran)
Keluarga yang membantu
 #PictureCredit to Mama Rayni Rizqi (Tudung biru)
--------------------------------------------------------------------------



Wednesday, December 14

Eisya berkhatan

Post for 11 Dec 2011

Berkhatan utk bayi perempuan..



Berkhatan bagi bayi perempuan ialah memotong sedikit hujung daging yang tumbuh dalam faraj perempuan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “ kebersihan itu lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak” (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Sebenarnya dari sudut perubatan, berkhatan tidak mencacat atau mengganggu perkembangan fisiologi kanak-kanak perempuan kerana apa yang dilakukan hanya melukakan sedikit bahagian klitoris. Khatan kanak-kanak perempuan hanya dilakukan oleh doktor perempuan, iaitu dengan melukakan bahagian klitoris untuk mengeluarkan setitis darah. Luka yang sedikit akan cepat sembuh dan tiada komplikasi penyakit. Khatan ke atas kanak-kanak perempuan biasanya ketika masih bayi atau pada peringkat usia kanak-kanak. Malah, sunat dikhatankan anak pada hari ketujuh kelahirannya, andai tidak dapat pada hari ketujuh, sunat dikhatan pada hari ke-40. Usia bayi(kurang setahun) adalah usia yang paling baik untuk dikhatankan kerana kulit yang nipis selain luka cepat sembuh.

Mama & papa bwk Eisya bersunat di Klinik Safri & Hamimah cawangan Taman Jati, Ipoh. Charge yang dikenakan ialah RM30.oo sahaja...

Eisya menangis sikit bila tgn n kaki dia kna pegang.. lpas je sesi potongmemotong cincangmencincang  berkhatan, Eisya dah xnangis dah..  

Lpas tu kami tros pegi shoping..

Eh..shoping lagi.... haish mama ni...


Kami belikan hadiah untuk Eisya...



Merata-rata kami pegi.. Memula ke kedai perabot, pastu ke tesco, kmudian ke kedai perabot lagi, seterusnya ke Billion, dan akhir sekali kami balik :)

Eisya tido sejak shoping kat Billion sampai ke rumah


Pukul 2, hadiah Eisya pun sampai... Yeyey!

Tuesday, December 13

Jalan-jalan

Update for 10 Dec 2011

Hari ni Papa, Mama n Eisya pegi kenduri di Parit..

Eisya tido sepanjang perjalanan & masa kat kenduri..

Ondaway balik, kami singgah di Sri Iskandar, Bota.

Banyak perubahan dari segi pembangunan kat sana..

Mabelesssss...

Syok la student UiTM Perak...

Bandar dah MAJU...

Ok, layan pic Eisya jom!

Farisya Aummm

Test drive- baru beli sampan (besen dh xmuat)

Mama & Eisya

My Lovely Farisya Zulaikha
Papa ckp lpas ni Eisya dah boleh bancuh susu sendiri sbb dh pandai pgg botol susu
dgn umi Tam

Lena je anak aku neh


sampai ternganga2 la


Tuesday, November 22

Tak Pi Keja

Assalamualaikum n very good morning to our beloved readers...
 Eh..Ada readers ke?Maybe a reader je kot?

Owwowow...

Harini da masuk hari ke-2 Mama Eisya TAK pegi keja..

Why?

Mama sedih+sayu+sayang nak tinggalkan Eisya dgn nanny..
Mama Jun is okay from my sight..

But when i'm looking into Eisya eyes...


CUTTTT!


Bukan CUT ini daaa...


Ha...Ni baru btoiii...


Okay..Okay...
First: Mama mengaku MALAS nak pegi keje..
Second: Papa bagi green light suh mama malasmalas rehatrehat lagi..
Third: Seriously mama xsanggup nak b'pisah dgn Eisya walau 30mins... 
"Mama, why 30mins? i'm curious"

Eisya dah 2 bulan 3 hari... 
Botol susu, dia still tolak...
Susu badan, Snow Brand, Dutch Lady step1 letak dlm botol, dia xnak isap...
Malam td, papa buat ujikaji lagi..
Dutch Lady Step1 + CERELAC Wheat & Honey = Nyummy!
Eisya bjaya habiskan 2oz..

As a result,
Eisya tidur nyenyak kekenyangan
plus
sembelit di waktu pagi

Bg isap susu sket lagi,
then...
creettt...

Walaupun sembelit, Eisya masih mampu tersenyum bila mama bacakan doa bangun tidur utk dia..


for Papa & Eisya, I love both of you

Sunday, November 13

Si Comot Junior isap puting

Finally.. 

Nak jugak Eisya isap puting...

Baiknye anak mama ni..
Excited lagi..HAHA!
"Dah kena paksa..Isap je la"
This is the FIRST and the LAST time Eisya isap puting dengan bersungguh²..

Lepastu...

"Peh,,, jangan harap la..dah la xsedap...xkenyang plak tu"

Ouhh..camtu kot pemikiran dia...

My Little Sweety

Khusyuk tgk TV
Siap gelak² lagi..

"Mama, udah-udah la snap pic tu"

Sleeping Beauty

Gambar di bawah ni adalah antara posing terbaik yg menyebabkan Eisya kelenaan ketika ketiduran..

See ! I've told U..HAHA!

Ohooo..Parut BCG sgt jelas okei..

Kat umah Opah Teh di Taiping
With Cousin yg sebaya- Nur Qaleesya Rania

Masuk Keta, Tidoq..

Ni la ghupa Eisya tidoq dlm keta..


Mmg NYENYAK...

Knapa pic ni nampak Eisya tembam sangat² ekh?




Kna aircond, pastu konon ala~ala dlm buai..

"Tidoq pun mesti ADA STYLE la mama"



Hah.. tudia laaaaa.... HAHA!

Wednesday, November 2

Anniversary Papa & Mama

20 Okt 2011
-------------------------------------------------------------

20.10.2010

It was our BIG DAY

Today is Papa & Mama's 





Happy 1st Anniversary

Hari Ke-30 Cukup sebulan

19 Okt 2011

Hari ni Eisya cukup sebulan
Sebagai Hamba Allah..
Umat Rasulullah..
Anak Papa & Mama..

EhemEhem.. bila dah cukup sebulan tu kann...
kena le cucuk...
Di mana??
Di bontotkah? Di tangankah? 
Di peha lahhhhh...

Papa tlg bwk mama & Eisya ke Klinik Kesihatan Chepor..
Sampai je sana, parking...fuh!!! bergandaganda empty dari KK Jelapang!!
Sng la mama nk bwk Eisya nnt..

Al-maklum la baru 1st time bwk baby pegi check up..
mana tau nak kena buat apa...
Tercengangcengang blurblursiputbabi la mama..Haishh..

Memula ukur panjang/tinggi Eisya..
Msa lahir 50cm..Skg dah 54cm..
Pastu bogeikan Eisya..Jeng..jeng..jeng..
Timbang berat daaa..2mgu lpas 3.8kg, skg da 4.25kg..

Pastu timbang berat mama plak..
OmakCow..turun sikit je banding dgn sblm bsalin tu...Haish lagi!!!

Pastu check..check..dan check lagi..
And now..its time to Eisya kena cucuk..

Eisya nanges sekuatkuatnya...
Kesian..tapi utk kesihatan Eisya jugak..

............................................................................

Misi tkejut tgk Eisya...
Eh..bukan Eisya..
Tapi....


"Betul ke sebulan umo adik ni?"



Okei..okei..
-STOP COUNTING DAY BY DAY-