Monday, March 5

My Precious Gift

Assalamualaikum wbt..

Farisya dah 5bulan 2minggu & 1 hari... 

Khamis ni @8hb March, kena bawa dia pegi cucuk 5 bulan..
(Tangguh sebab dia demam masa checkup aritu)

Masa checkup 5 bulan:-
Berat: 6.75kg
Tinggi: 63cm

Farisya dah pandai ketuk² meja + laptop yg ada atas meja.. 
Nnt mama belikan drum mainan untuk syg ye.

Ni antara koleksi gambar Feb 2012
Tido menerap



Gigit jari aje kejanye..


Main dgn ulat




Main dgn papa

Makan Golden Pear


Gigit Sikat Rambut

Hidung berdarah





brrrrphhhh

Kena buli dgn nyamuk

Layan Movie

Demam

Dh mcm nyonya juai sayoq

buwekkk 

Hadiah dari mama&papa



My little Precious


Pon pon..Eisya nak lalu




umphhh

Tuesday, February 14

50 Rahsia Si Manja Cerdas

Ingin tahu rahsia si manja anda seorang yang cerdas? Meh ikuti 50 pelbagai aktiviti dan panduan yang menunjukkan si manja seorang yang cerdas.

1. Kenal Wajah Anda - Dia merenung anda sambil dan memegang wajah anda. Dia sebenarnya sedang membina memorinya.

2. Berbual dengannya - Dia menunjukkan reaksi apabila anda berbual dengannya. Dia akan melihat anda seakan memahami apa yang anda cakapkan.

3. Memberi senyuman - Anda senyum kepadanya dan dia pun akan tersenyum kepada anda. Sudah mulai menunjukkan perkembangan emosinya.

4. Bertindak balas kepada permainan kesukaan - Asyik bermain dengan permainan kesukaannya. Cuba anda ambil barang itu, dia pasti akan menjerit.

5. Tahu apabila namanya dipanggil - Anda memanggil namanya dan dia memandang ke arah anda. Panggillah nama yang biasa anda ucapkan setiap hari.

6. Mencapai objek - Kemahiran motor kasarnya semakin baik. Dia boleh mencapai dengan tangan objek permainan dengan mudah.

7. Berminat objek yang terang - Warna terang seperti merah, hijau, oren dan kuning adalah warna kegemaran si manja. Letaklah objek atau permainan yang berwarna seumpama ini, dia akan pantas mencapainya.

8. Suka merenyukkan objek lembut - Ia adalah perkembangan positif buat si manja apabila suka memegang dan meramas objek atau permainan kain yang mengeluarkan bunyi seakan plastik.

9. Ketawa bersama - Si manja suka anda menggeletek badannya, bahkan menciumnya. Dia akan ketawa apabila anda berbuat demikian.

10. Boleh membuka dan menutup genggaman tangan - Cubalah permainan seperti 'cak cekur' sambil menunjukkan cara bagaimana tangan digenggam dan dibuka. Dia akan melakukan bila-bila masa dia berasa selesa, bahkan semasa minum susu.

11. Bergerak dengan yakin - Masih belum boleh merangkak, tetapi sudah mula menunjukkan usaha untuk mencapai objek yang disukai dengan hanya mengesot. Si manja sudah mula menunujkkan sikap terujanya.

12. Tepuk tangan - Bersama si manja menyanyi dan menepuk tangan sambil mengerakkan badannya ke kanan dan kiri. Dia akan tersenyum gembira dengan aktiviti ini.

13. Tidur dengan lena - Si manja tidur dengan lena dalam tempoh yang lama antara 2 hingga 3 jam. Selepas bangun tidur, si manja dibiarkan bermain sendirian dan dia tidak merengek.

14. Suka mandi - Sayang jom mandi! Suka menyentuh air semasa mandi dan tersenyum gembira. Begitu juga selepas mandi semasa memakainya pakaian.

15. Urutan - Bayi suka badannya diurut. Lakukan secara rutin. Urut bahagian kaki, badan, tangan dan mukanya. Jika dilakukan secara rutin, si manja mudah tidur dengan lena.

16. Suapan sayang - Si manja dengan mudah makan makanan pejalnya apabila anda memujuknya seperti "vroom, vroom, kereta nak masuk gua, aaa buka mulut sayang!". Pastinya si manja membuka mulut.

17. Aksi spontan - Cara santai untuk bermain dengan si manja dengan meniup perut, muka dan lehernya perlahan-lahan. Cuba lihat tindak balasnya. Pastinya dia akan ketawa!.

18. Mari berdansa - Peluk dan dukung bayi mengikut irama muzik yang rancak. Pasti si manja teruja dan ketawa.

19. Kenalkan buku - Duduk bersamanya membaca buku. Baca buku berulang kali. Pakar mendapati bahawa bayi seawal lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca berulang kali.

20. Bermain dengan abangnya - Biarpun masih kecil, si manja turut mempunyai perasaan ingin berkawan. Biarkan abangnya mengagahnya. Si manja ketawa apabila abangnya membuat muka lucu.

21. Permainan sorok - Sorokkan barangan permainan kesukaannya. Si manja akan seronok melihat objek yang hilang dan muncul kembali. Ia akan membuatkannya ketawa.

22. Bermain dengan makanan - Sediakan makanan dengan tekstur berbeza termasuk lobak yang direbus dan dihiris halus, bijirin, pasta atau cebisan ayam yang dikisar atau hirisan ikan. Cara ini si manja dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

23. Menonton tv - Si manja suka menonton rancangan kegemarannya. Bunyi dan warna-warni yang dilihat dalam kaca televisyen akan membuatkan dia asyik seketika.

24. Permainan tekan dan bunyi - Sediakan permainan yang mengeluarkan bunyi apabila ditekan. Si manja pasti teruja apabila dia tertekan pada permainan itu dan mengeluarkan bunyi.

25. Bergolek ke sana sini - Pantang tinggal sekejap, si manja yang belum boleh berjalan akan bergolek di merata tempat. Pastikan ruang dalam keadaan bersih dan tiada objek yang tajam supaya si manja bergerak dengan selamat.

26. Nyanyikan lagu - Nyanyilah apa sahaja lagu sama ada yang anda reka (mari kita pakai baju, pakai baju...) atau didapati di internet. Lagu membuatkan bayi semakin aktif dan ceria.

27. Sentuhan dan rasa - Sediakan satu kotak kain dengan tekstur yang berbeza-beza seperti kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

28. Petik bunga - Sambil dukung bayi, bawalah dia ke taman bunga. Biarkan dia menghidu bau haruman bunga-bungaan. Dia akan menyukai suasana yang mendamaikan ini, lebih-lebih lagi di bawa bercuti ke kawasan peranginan.

29. Jatuh dan angkat - Bayi memang suka menjatuhkan objek yang dipegangnya dari kerusi makanannya yang tinggi. Anda angkatkan dan berikan kepadanya. Kemudian dia menjatuhnya kembali. Sebenarnya bayi sedang belajar dengan persekitarannya.

30. Membebel - kadang kala, bayi mengeluarkan suara yang tinggi dan membebel. Biarkan dia begitu. Dia sedang belajar tentang bunyi atau mungkin teruja dengan sesuatu objek.

31. Bina laluan halangan - Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, atau permainan di atas lantai. Kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

32. Ikut mimik muka dan bunyi - Ajak si manja anda mengikut muka mimik anda. Buat pelbagai aksi lucu atau bunyi yang bayi boleh tiru dengan mudah.

33. Aksi lucu - Kembungkan pipi dan suruh kanak-kanak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, proof! Tiupkan ke mukanya. Pasti dia suka aksi lucu ini.

34. Masa untuk bercerita - Sebelum tidur, bacalah cerita dongeng kegemarannya. Buat suara dan aksi semasa membaca cerita itu. Malah anda boleh tukarkan nama watak utama ke nama si manja supaya dia seronok.

35. Lihat diri dalam cermin - Biarkan si manja merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain.

36. Taman permainan buatan - Anda baring dan si manja akan memanjat dan merangkak di atas anda. Kemudian dia akan mencium pipi anda. Permainan yang menyeronokkan anda dan si manja.

37. Mari mengira 123... - Usia si manja hampir satu tahun. Dia boleh berjalan. Jadi mari belajar mengira dengan jumlah anak tangga dalam rumah anda. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

38. Kenali wajah ahli keluarga - Letakkan gambar wajah ahli yang penting dalam kehidupan si manja anda. Sebutkan nama-nama wajah yang dikenalinya. Semakin si manja membesar, semakin dia mengenali orang disekelilingnya.

39. Golek bola - Golek bola dengan perlahan kepada si manja. Pilih bola jenis lembut supaya tidak mencederakannya. Si manja akan belajar untuk menangkap bola yang bergolek.

40. Kenali rakan sebaya - masa untuk mengenali dunia luar dengan membawa dia ke rumah teman yang mempunyai anak seusia anak anda. Biarkan dia bermain bersama rakan sebayanya.

41. Menjerit - pernah mendengar si manja tiba-tiba menjerit! Ya. Ia berlaku apabila si manja begitu seronok dengan apa yang dilakukannya, walaupun hanya bermain seorang diri.

42. Berdikari - Apabila minum susu, si manja sudah boleh memegang botol susu dengan sendiri. Malah sambil menonton rancangan televisyen kegemarannya.

43. Kenali anggota badan - Masa menukar lampin pun boleh digunakan untuk belajar. Gunakan waktu itu untuk mengajar bahagian badan atau pakaian.

44. Pegang tangannya - Sentuhan amat berkesan untuk memberi keyakinan kepada si manja. Pegang tangannya sambil mengerakkan jari kemrinya. Si manja suka akan aktiviti ini.

45. Tambah perbendaharaan kata - Bawa bayi berjalan-jalan dan beritahu semua perkara yang dilihat semua perkara yang dilihat padanya. Cara itu boleh menyediakan bayi dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

46. Pelukan - pelukan akan membuatkan bayi berasa selamat. Dia akan merasa selesa dan selamat semasa dalam pelukan ibunya.

47. Bermain buai bersama - Bersama si manja bermain buaian di hadapan rumah. Duduk bersamanya sambil bercakap perkara yang menggembirakannya.

48. Segar - Sentiasa dedahkan si manja dengan udara yang segar. Elakkan membawa si manja di kawasan yang sesak dengan orang ramai dan udara yang tercemar.

49. Kesihatan yang stabil - Sentiasa memantau kesihatan si manja supaya badannya tidak mudah dijangkiti penyakit. Dengan ini, si manja akan sentiasa aktif bermain untuk merangsang mindanya.

50. Rehat - baring bersama si manja setelah seharian bermain. Baring di lantai yang bersih atau di atas tilam. Lihat aksi si manja anda. Dia sudah tentu akan meneroka apa yang ada berhampirannya.

KEPERLUAN VAKSIN ROTAVIRUS

Apakah vaksin ini selamat?


Terdapat dua vaksin rotavirus yang ada di pasaran, iaitu vaksin Rotarix, (keluaran GlaxoSmithKline), dan vaksin Rotateq (keluaran Merck & Co). 


Vaksin Rotateq telah dibenarkan berada di pasaran pada tahun 2006. Sementara Rotarix mendapat pelepasan FDA pada 2010.

Sebelum ini terdapat banyak laporan yang meragui samada pemberian vaksin ini selamat untuk bayi. Pada 16 may 2010 FDA US telah memberikan jaminan keselamatan bagi penggunaan vaksin ini.

Dalam kenyataan yang bertajuk “Rotarix Vaccine: Update to Clinicians and Public Health Professionals”, FDA memberitahu dalam ujian klinikal yang melibatkan puluh ribuan kanak-kanak dan berjuta-juta pengalaman yang dicatatkan sebagai clinical experience, kedua-dua jenis vaksin Rotarix dan RotaTeq adalah selamat digunakan.

Kenyataan ini boleh dirujukkan dihttp://www.fda.gov/Safety/MedWatch/SafetyInformation/SafetyAlertsforHumanMedicalProducts/ucm205640.htm

FDA mendapati bahawa dua jenis rotavirus yang digunakan iaitu porcine circovirus (PCV1 or PCV2) tidak memberikan apa-apa kesan negative kepada manusia.

Dos yang dicadangkan

Vaksin ini diberikan kepada bayi yang belum mencapai umur 8 bulan. Ia tidak diberikan pada bayi bermur 8 bulan ke atas kerana banyak kajian mendapati ia tidak berapa berkesan dan lebih mudah mendapat demam. Vaksin ini diberikan secara titisan ke mulut, bukan suntikan.

Vaksin Rotarix diberikan kepada bayi berumur 2 dan 4 bulan sementara vaksin Totateq diberikan kepada bayi berumur 2, 4 dan 6 bulan. Vaksin ini boleh bertahan selama 3 tahun.
Fatwa mengenai vaksin rotavirus

Sayangnya kedua-dua vaksin ini menggunakan dua jenis rotavirus, porcine circovirus (PCV1 or PCV2) yang berasal dari haiwan babi.
Maka satu fatwa mengenainya telah diwartakan dan boleh dibaca dihttp://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-vaksin-rotateq

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 telah membincangkan Hukum Penggunaan Vaksin Rotateq Yang Menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya.

Dalam hal ini secara amnya kedua-dua Rotarix dan Rotateq adalah haram kerana mengandungi unsur haiwan babi.

Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan vaksin Rotateq adalah tidak dibenarkan kerana pada ketika itu ia dianggap tidak dharurat dan tiada data sokongan yang kuat untuk membuktikan rakyat negara ini memerlukan kedua-dua vaksin ini.

Kebanyakan ulama fiqh dari Mazhab Syafie berpendapat berubat dengan suatu yang najis adalah haram dan tidak harus.

Islam hanya mengharuskan berubat dengan benda-benda yang diharamkan sekiranya dalam keadaan dharurat iaitu tiada ubat alternatif yang lain adalah berpandu kepada Firman Allah s.w.t.,
Maksudnya : Dan tidak ada sebab bagi kamu, yang menjadikan kamu tidak mahu makan sari sembelihan binatang-binatang halal yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkan ke atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya. (Surah al-An’am : 119)

Oleh itu fatwa itu memberikan kelonggaran jika negara benar-benar memerlukan vaksin ini akibat wabak cirit birit yang teruk melanda di kalangan kanak-kanak, dan jika tiada alternatif lain.

Sebagai doctor Muslim, saya mencadangkan agar berbincang dengan doctor sebelum mengambil vaksin ini. Jika seseorang itu berada di daerah yang mengalami wabak, sudah tentu terdapat keperluan mengambil vaksin ini.

Sebagai pencegahan, langkah berjaga-jaga harus diberikan. Pastikan bayi kita dijaga kebersihan dirinya, meminum air yang dimasak dan ibubapa juga harus selalu mencuci tangan bagi mengelakkan rotavirus tersebar menjangkiti orang lain.

Wallahu a'lam



#CREDIT to Dr Zubaidi Hj Ahmad

Monday, February 13

Almost 5 months

Assalamualaikum w.b.t


Hampir sebulan tak mengupdate blog ni...aku rasa ada yg ternanti2 pic terbaru Farisya Zulaikha ni..Ada la kot?


Kali ni pun just a quick view about her...


Dah malas nak menaip panjangpanjang kan... :P


So,sepanjang 4bulan-5bulan ni, Eisya dah:-


1. Pandai meniarap tanpa bantuan.. Tido pun meniarap..
    cuma belum pandai telentang je..

2. Dah kenal mama & papa... Mama pakai tudung nak sidai baju pun dia nanges-nanges (maybe dia ingat mama nak pegi jalan-jalan tinggalkan dia?)


3. Dah boleh mandi air sejuk (tak payah tambah air panas dalam besen dah)


4. Suka jalan-jalan. Kalo dalam sehari tak bawak dia kua,mesti dia ngamuk..


5. Kurang bercakap n gelak.. Penat mama n papa nak agah bagi dia gelak...


6. Boleh ngam dengan 'sesetengah orang' je.. Kalo tak ngam, dia akan cebek & then nanges kuat-kuat... Kalo ngam, dia siap bley gelak-gelak lagi...


7. Sangat sukakan laptop papa.. sanggup menjulo nak capai laptop papa...kalo saja-saja dia malas...


8. Attract dengan warna merah...cam baju papa & phone mama...


9. Berat & tinggi masa checkup 4bulan, 6.35kg & 62cm...


Conquer lappy

Baca buku Wonder View-Animals

Yeay...

Bersungguh-sungguh

Control Ayu..


Candid







"Nur Farisya Zulaikha, mama & papa sayang adik sangat-sangat..."
"Papa, terima kasih untuk segalanya sayang..."


I Love both of you, 
Mama...

Wednesday, January 18

My Little Precious

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama tak update blog.. BUKAN sebab tak da cerita nak share or tak da masa nak post or internet terlampau lembab untuk mengupload...sekali lagi ditegaskan,ianya BUKAN!.. Ini semua adalah angkara mama yang MALAS..HEHE! (Sedaya upaya tidak mahu menyalahkan orang lain)

Okay, just a quick view..
Time demam cucuk 3bln.. CERIA kan??
  • Eisya dah 3bulan 4minggu dan 2hari.. Means hampir 4bulan dah umo dia... Alhamdulillah terima kasih Ya Allah diatas semua rezeki yang Engkau limpahkan kepada kami..
  • Eisya suka berdiri.. Pantang disua tangan kat dia... Otomatik dia angkat kepala dan badan untuk duduk, kadangkadang terus berdiri..
  • Suka tido mengiring..Entah macamana terpusingpusing kedudukan dia atas tilam..
  • Suka minum susu sambil pegang botol sendiri... Bagus jugak kadangkadang tu sbb mama leh tinggalkan sekejapsekejap sambil buat keja..tp dia lebih banyak main dari minum.. sampai tumpahtumpah kat seluruh muka dan bantal..sangat comot!..HEHE!
  • Suka membebel, ikut mood..kalo kat luar/tempat orang dia moody sket...kuat nangeh..psaipa??? taktau laaaa...
  • Dah kenal mama n papa... kalo orang len dukung, bertahan sat ja... dia akan nanges seolaholah mama n papa tinggalkan dia...notty, gigit perut kang!
  • Sangat noti bila nampak mama pegi dapo/naik tingkat atas sekejap, dia akan panggil "eiii....eiiii"... Paling biasa, dia akan nanges tros..bila mama tunjuk muka depan mata, tros senyum...  notty , gigit perut kang!
  •  Masih tak pandai menerap tanpa bantuan, ok la tu..baru 3 bulan..pelanpelan la kan sayang.... Bila menerap, dia akan lonjak kaki bagi punggung terangkat..pastu menjulo kata papa dia.. bukan menjubo ye anakanak.. We call it gaya 'ulat'... 
  • Suka mencapai apaapa barang yg dia mampu capai.. cthnya makanan diatas meja(mama tgh makan), minuman yg mama minum..dan pen marker masa mama tgh menulis...  notty , gigit perut kang!

dan banyak lagi perkembangan dia yang mama akan update soon...
P/S: Utk Auntie Lai, maap ye nnt aku upload pic dia dengan baju tu... nnt kita jumpa lagi :)

---------------MAJLIS KESYUKURAN & DOA SELAMAT---------------
Papa, mama dan Eisya

Eisya Dgn Auntie Lai


Babysitter Eisya-Mama Jun (Tudung Purple)
Tetamu yg hadir (Saudara & Jiran)
Tetamu yang hadir (Saudara & Jiran)
Keluarga yang membantu
 #PictureCredit to Mama Rayni Rizqi (Tudung biru)
--------------------------------------------------------------------------